Monday, September 27, 2010

PERHATIAN!!!!

Kursus keusahawanan char koey teow adalah kursus asas kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui bagaimana char koey teow dihasilkan, kos yang berlibat, bahan serta peralatan yang biasa digunakan. Kursus juga akan menerangkan bagaimanakah untuk memulakan perniagaan ini. Perlu di ambil perhatian, ini BUKAN KURSUS PENGHASILAN KICAP/SOS CHAR KOEY TEOW!!!

Kursus Keusahawanan Char Koey Teow




Alhamdulillah, kursus keusahawanan Char Koey Teow yang telah diadakan pada 25 Sept 2010 berjalan lancar. Kesungguhan para peserta untuk mendalami sedikit ilmu pengetahuan amat dipuji. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan tidak lupa jutaan terima kasih kepada pihak kolej komuniti Selayang yang telah memberi kerjasama yang baik.

Tuesday, September 14, 2010

Kursus Keusahawanan Char Koey Teow


Kursus bakal diadakan pada 09 oktober 2010. Kursus ini terbuka kepada golongan belia berumur  bawah 40 tahun. Kursus dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Caw Negeri Perlis serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Bakal usahawan digesa merebut peluang ini. Penyertaan TERHAD!!
Penyertaan PERCUMA!! Hubungi kami segera. SEBELUM 05 OKT 2010 Tempat kursus akan diberitahu kelak.

Sunday, September 5, 2010

Kursus Penghasilan Char Koey Teow


Dimaklumkan bahawa kursus keusahawanan penghasilan char koey teow telah di ubah tarikhnya seperti berikut:

Tarikh     :  25hb Sept 2010 (sabtu)
Tempat   :  Kolej Komuniti Selayang
Masa       :  9.00Pagi - 12.30Thari
TARIKH TUTUP PADA 20 SEPTEMBER 2010

Tarikh terpaksa di tukar adalah disebabkan cuti hari raya aidilfitri di lanjutkan sehingga 19 Sept 2010. Harap Maklum. Kami memohon maaf diatas kesulitan tersebut.
Pendaftaran di www.cktglobal.com/pendaftaran-kursus.html