Wednesday, February 23, 2011

Wakil Pengeluar Kicap CKT

Assalamua'laikum wr.wb dan Salam sejahtera.
Pihak kami bercadang untuk melantik wakil-wakil pengeluar kicap Char Kuey Teow keluaran kami. Kami memerlukan wakil-wakil dari seluruh negeri di Semenanjung. Cadangan ini bertujuan bagi mengurangkan kos pengangkutan yang meningkat secara melampau bermula feb 2011. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil pengeluar kicap kami, sila daftar di bahagian 'online' ( atas sebelah kiri blog ). Para wakil kami kelak akan diberikan kursus khas memproses kicap serta peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut. Sekian terima kasih.

Saturday, February 12, 2011

Kursus Teknik Memasak Char Kuey Teow




Tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus Tukang Masak CKT di Kolej Komuniti Selayang. Terima kasih tak terhingga juga kepada Staff Kolej yang membantu menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Citrus Restaurant & Cafe Bangsar Village kerana menggunakan Kicap keluaran kami.

Ucapan terima kasih juga kepada Sarimah Adzrina's Kitchen Sec 13 Shah Alam yang akan memulakan satu lagi menu ISTIMEWA Char Kuey Teow Penang pada 14 Feb 2011 ini. Semua yang berhampiran dipelawa menikmati citarasa resepi istimewa ini.