Saturday, December 31, 2016

JOM MULA LANGKAH PERTAMA UNTUK BISNES KITA 2017.


Assalamualaikum wr.wb
Kita telah mempunyai produk yang telah memenangi ramai citarasa pelanggan. Kita juga telah mengambil masa yang agak lama untuk memahirkan skill dan teknik. Kita juga telah mempunyai pengetahuan tentang produk dengan baik sekali.

Ayuh kita mulakan tahun 2017 dengan merancang perniagaan kita. Apa yang kita perlu lakukan sebagai langkah pertama ? Dokumentasikan segala perancangan kita. Jangan hanya memikirkan dalam fikiran semata-mata. 

1.LOKASI
Lokasi perniagaan memainkan peranan penting. Cari lokasi yang strategik yang memudahkan pelanggan berkunjung. Dapatkan kadar bayaran sewa bulanannya.

2.RANCANG PENTADBIRAN 
Senaraikan keperluan untuk mentadbir perniagaan kita kelak. Kenal pasti perbelanjaan yang diperlukan. Sebagai contoh pengurus dan bayaran gajinya, bajet untuk alatulis yang mungkin kita perlukan, deposit bil-bil utiliti seperti air, elektrik, internet dan sebagainya. Mungkin kita perlukan sebuah komputer. Senaraikan semua keperluan dan kosnya.

3.RANCANG TENTANG PEMASARAN
Apabila memulakan perniagaan baru, kita perlu mempromosikan perniagaan kita kepada orang ramai. Ini semua akan melibatkan perbelanjaan awal sebelum perniagaan bermula. Adakah anda bimbang kos permulaan untuk memulakan perniagaan anda tinggi???  Teruskan kan mengumpul maklumat ini, anda belum dapat melihat keseluruhan perjalanan perniagaan anda lagi sekiranya Rancangan Perniagaan anda belum siap. Kos mencetak flyers, banner, kad perniagaan. Anda juga boleh memilih mengiklan di media sosial secara berbayar atau percuma. Media sosial sangat berpengaruh di zaman ini.

4.RANCANG OPERASI PERNIAGAAN
Senarai keperluan barang (aset), pekerja, bahan mentah, kesihatan, sistem jualan dan semua keperluan yang anda fikir perlu dan kosnya.

Setakat ini, jika maklumat-maklumat ini telah terkumpul anda telah mampu untuk menganggarkan kos untuk memulakan perniagaan anda. Biasa juga ianya di sebut KOS PERLAKSANAAN PROJEK.

Daripada kos perlaksanaan projek, kita akan dapat melihat modal pusingan setiap bulan untuk membiaya operasi perniagaan kita. Nanti kita akan melihat pasaran setempat untuk membuat ramalan jualan yang bakal kita perolehi apabila perniagaan telah bermula nanti.
wassalam

Thursday, December 29, 2016

Friday, December 23, 2016

CKT GLOBAL FOKUS PADA PEMBUKAAN OUTLET PADA 2017

Assalamualaikum wr.wb

CKT GLOBAL akan fokus ke arah membantu usahawan untuk terus menjalankan perniagaan. Jika pada tahun sebelum ini, kami lebih tumpu kepada kursus dan latihan. 2017 kami akan meyediakan model perniagaan yang lengkap dengan sistem pengurusan dan jualan. Baru-baru ini kami telah bekerjasama dengan sebuah syarikat 'point of sales' bagi tujuan tersebut. Ini lebih membantu merialisasikan impian untuk memiliki sebuah perniagaan CKT yang berdaya saing. Kami telah mengguna uji sistem ini dan kami berpuas hati.
Kami berharap usahawan lebih mudah menguruskan perniagaan apabila dibantu dengan sistem jualan yang terkini mengikut peredaran zaman.
Kepada usahawan yang bercadang untuk terlibat dalam perniagaan ini adalah dialu-alukan untuk menghubungi kami.

Intergrasi dengan syarikat POS dan Apple